Monday 3 June 2013

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Merentas desa peringkat sekolah telah diadakan pada 18 Januari 2013 di padang SMK Tunku Putra, Batu Pahat, Johor.















KEDATANGAN PENGETUA BARU DAN PERJUMPAAN PERTAMA RUMAH SUKAN

Pada 6 Januari 2013 SMK Tunku Putra telah menerima pengetua baru, Tuan Hj. Jumali bin Ahmad. Selamat menjalankan tugas di SMK Tunku Putra kami ucapkan.




Pada tarikh yang sama juga perjumpaan rumah sukan buat kali pertama pada tahun 2013 telah diadakan bagi memilih ahli-ahli baru bagi setiap rumah sukan.

Rumah Satria (Hijau)
Rumah Wira (Merah)
Rumah Waja (Kuning)
Rumah Persona (Coklat)
Rumah Exora (Ungu)
Rumah Perdana (Biru)

Wednesday 29 May 2013

MAJLIS PERPINDAHAN PENGETUA PN. HJH. RAMLAH BINTI SAPUAN

Pengetua SMK Tunku Putra, Pn. Hjh Ramlah binti Sapuan telah berpindah ke SMK Banang Jaya pada 3 Januari 2013. Beliau berkhidmat di sekolah ini selama setahun. Banyak jasa yang telah dilakukan olehnya seperti mengubahsuai surau Al-Falah dan membina ruang parkir guru. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang telah puan berikan. Puan sentiasa di hati semua warga SMK Tunku Putra :)






TIMBALAN PERDANA MENTERI MELAWAT MANGSA BANJIR

Pada 7 November 2012, Timbalan Perdana Menteri telah mendarat dengan helikopternya dia SMK Tunku Putra untuk melawat magsa banjir yang berdekatan.





1 MURID 1 SUKAN

Aktiviti 1Murid 1Sukan telah diadakan pada 9 Julai 2012. Aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik dan sebagainya. Semua guru dan murid berkumpul di padang sepanjang aktiviti dilakukan.





HARI KOPERASI

Sambutan hari koperasi sekolah telah diadakan pada 1 Julai 2012. 


Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Smk Tunku Putra:
  • Pengerusi: Pn. Hajah Ramlah binti Sapuan
  • Naib Pengerusi: En. Mahbib bin Pungut
  • Setiausaha: Pn. Aisyah Humairah binti Jumikan
  • Bendahari: Cik Siti Azizah binti Taha
 A.L.K Guru:
  • En. Hussin bin Musa
  • Pn. Cher Chiu Hua
  • Pn. Norasikin binti Harpan
  • Pn. Noramiza binti Abdul
  • En. Jasni bin Sabarimun 
  • Pn. Ayusnida binti Noral' Amin
  • Cik Lian Siew Ting
  • Cik Yow Yam Hua
A.L.K Pelajar: 
  • Izan Aizah binti Mohd Isa
  • Nuramira Qistina binti Azlan
  • Mahfuzah binti Bakri 
  • Mastura binti Naris
  • Siti Nur Hasanah binti Bohan
  • Aminuddin bin Daud
Juruaudit Dalaman:
  • Pn. Sabariah binti Asbolah
  • As'Syahida At Tahirrah binti Wulul Azmi
Laporan Aktiviti
  1. Jualan perdana pada hari pendaftaran.
  2. Membekalkan keperluan harian pelajar seperti alat tulis, pakaian sukan, makanan dan minuman pada waktu rehat pada hari persekolahan.
  3. Memberi sumbangan berbentuk buku tulis kepada pelajar kurang mampu untuk memulakan sesi persekolahan.
  4. Menyalurkan wang tabung koperasi untuk keperluan ahli dan sekolah.
  5. Melatih AJK jualan yang baru dilantik.
  6. Menyediakan perkhidmatan fotostat.
  7. Mengadakan Hari Koperasi Sekolah dengan mengadakan bazaar jualan.
  8. Menanam pokok dan penganugerahan koperator terbaik.
  9. Menghadiri taklimat/ kursus-kursus yang dianjurkan oleh ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH

Pertandingan kawad kaki peringkat sekolah telah diadakan pada 6 April 2012. Tempat pertama dimenangi oleh pasukan Pengakap. Tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan Puteri Islam manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Kadet Remaja Sekolah.













GOTONG-ROYONG KELAS DAN TAMAN

Gotong-royong kelas dan taman sekolah telah diadakan pada 10 Mac 2012. Murid-murid dibahagikan mengikut kelas kemudian mengikut kelab masing-masing untuk membersihkan taman.